POLISI PRIVASI KINCENTRIC

Pengenalan

Kincentric komited dalam melindungi privasi data peribadi anda. Penyataan ini merumuskan polisi kami mengenai pengumpulan, penggunaan dan pemindahan data peribadi anda, langkah-langkah keselamatan yang diambil Kincentric untuk melindungi data tersebut dan hak anda yang berkaitan dengannya.

Maklumat Yang Kami Kumpulkan

Kincentric menyediakan servis dalam bidang Servis Nasihat Kepimpinan berkaitan dengan penglibatan pekerja dan penanda aras budaya, pembangunan kepimpinan, penilaian sumber manusia, dan strategi modal insan. Dalam menyediakan servis tersebut kepada para pelanggan kami, Kincentric dikehendaki untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan dan menganalisa pelbagai data peribadi.

Kategori bagi data peribadi yang kami kumpulkan mungkin termasuk: nama, maklumat perhubungan (alamat e-mel, nombor telefon), sejarah kerjaya, sejarah pendidikan, aktiviti sosial, maklumat pampasan (apabila dibenarkan oleh undang-undang berkaitan), maklumat sumber manusia (seperti unit perniagaan, tempoh perkhidmatan), kecenderungan dan kelayakan individu, serta persepsi dan pandangan anda mengenai bekerja dengan majikan anda. Bergantung kepada skop servis yang dikehendaki oleh pelanggan, kami mungkin mengumpul beberapa data demografik (seperti jantina, umur dan etnik asal) serta data psikometrik (seperti markah kasar bagi ujian dan soal selidik yang anda pernah sertai).

Data ini mungkin diperolehi secara terus daripada anda, atau daripada majikan anda. Salah satu kaedah yang akan kami gunakan untuk mendapatkan data secara terus daripada anda adalah melalui kaji selidik supaya kami boleh mengumpul sebarang maklumat yang anda berikan sebagai maklum balas bagi kaji selidik tersebut. Namun, sila ambil maklum bahawa maklum balas anda akan dianggap sebagai sulit dan majikan anda tidak akan melihat sebarang keputusan individu tanpa kebenaran daripada anda.

Jika anda merupakan pelanggan atau pembekal Kincentric, kami akan mengumpul dan menggunakan maklumat mengenai syarikat dan individu dalam syarikat anda bagi tujuan memenuhi kewajipan kami terhadap anda dan mengembangkan lagi hubungan perniagaan antara kita. Data yang dikumpulkan selalunya terdiri daripada maklumat perhubungan anda (seperti nama, nombor telefon, alamat e-mel, nama jawatan, dan rekod perniagaan yang berkaitan dengan servis kami).

Di Mana Data Peribadi Disimpan

Maklumat peribadi yang dikumpulkan akan disimpan di Kesatuan Eropah sebagai lokasi utama, namun, data mungkin boleh diproses secara tempatan di luar Kesatuan Eropah di dalam pejabat di mana juru perunding akan bertugas.

Jika perlu, data mungkin diproses oleh Kumpulan Sokongan IT kami di Amerika Syarikat bagi tujuan untuk menyediakan bantuan teknikal dan untuk masa yang terhad, data mungkin dipindahkah ke Pasukan Operasi Kincentric di India bagi tujuan penanda aras. Sila ambil maklum bahawa data tersebut akan diletakkan dengan nama samaran atau tanpa nama, bermaksud ia tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan seseorang secara spesifik.

Sebagai jaminan lanjutan bahawa langkah keselamatan yang bersesuaian dan sewajarnya diambil bagi perpindahan data di luar Kesatuan Eropah, Kincentric mempunyai model undang-undang Kesatuan Eropah yang diguna pakai oleh rakan kongsi di Amerika Syarikat dan India, sebagai tambahan kepada amalan privasi yang ditetapkan di dalam polisi ini.

Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi

Kami tidak akan memproses maklumat peribadi anda dengan cara yang tidak bertepatan dengan apa yang digariskan di dalam Polisi Privasi ini dan kami akan menggunakan usaha yang terbaik untuk memastikan data adalah tepat, lengkap, terkini dan dipercayai untuk tujuan kegunaannya.

Data tersebut digunakan untuk amalan kebiasaan perniagaan kami untuk menyediakan servis kepada para pelanggan. Ia mungkin termasuk meminta anda untuk melengkapkan kaji selidik dan memberi respon kepada soalan yang telah ditetapkan untuk memenuhi permintaan pandangan majikan anda secara spesifik menganai hal-hal seperti penglibatan dan prestasi, mengumpul maklum balas bagi tahap kepuasan; dan menilai bakat dan kemahiran untuk memacu pembangunan bagi pemimpin dan bakat berpotensi tinggi di dalam sebuah syarikat menggunakan alatan yang ditetapkan serta laporan dan penanda aras.

Maklumat peribadi anda mungkin dikongsi dengan pelanggan kami serta pihak ketiga yang terlibat dalam menyediakan servis. Ini termasuk penyedia servis pihak ketiga kami yang menjalankan fungsi bagi pihak kami seperti perundingan atau servis data semasa projek, atau penyedia simpanan dokumen luar, semua pihak yang diperlukan untuk memproses data peribadi anda mengikut undang-undang perlindungan data yang berkaitan dan Polisi Privasi ini.

Akhir sekali, maklumat anda mungkin dikongsi dengan mana-mana pihak berkuasa yang kompeten, badan kerajaan atau berkanun, atau mahkamah perundangan jika perlu untuk mengamalkan hak kami yang sah, melindungi kepentingan anda atau seperti yang diperlukan oleh undang-undang yang sedia ada.

Data Pelanggan atau Pembekal yang dikumpulkan akan digunakan di dalam konteks yang telah diperuntukan di dalam servis anda atau kami. Kami mungkin menggunakan data bagi tujuan perniagaan yang lain, termasuk untuk tujuan analisis data, penanda aras dan statistik. Kami mungkin menggunakan data peribadi yang dikumpulkan untuk menghubungi anda bagi hal-hal yang berkaitan dengan servis kami yang kami percayai mungkin berkaitan dengan minat anda.

Persidangan
Dari masa ke masa kami mungkin menghubungi anda dengan jemputan untuk menghadiri acara-acara industri atau peranan yang spesifik, seperti majlis makan malam atau majlis amal. Anda boleh memilih untuk tidak menerima jemputan tersebut pada bila-bila masa.

Kepintaran Pasaran
Kami mungkin menyimpandan menggunakan maklumat peribadi anda untuk kajian, penanda aras, dan norma pasaran untuk menyediakan dan membangunkan servis kami dan modal intelektual serta kekal sejajar dengan standard pasaran.

Asas perundangan untuk memproses maklumat peribadi anda

Asas perundangan Kincentric bagi mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi yang diterangkan di dalam polisi ini bergantung kepada maklumat peribadi dan aktiviti pemprosesan yang terlibat dan konteks di mana ianya didapati.

Kami akan memproses maklumat peribadi asas mengenai anda, seperti makumat perhubungan (nama, e-mel, nombor telefon) dan maklumat yang mungkin mengandungi respon kaji selidik berdasarkan kepentingan yang sah, atau asas undang-undang yang lain (seperti kebenaran) yang diperlukan oleh perundangan tempatan yang berkaitan, di mana pemprosesan maklumat tersebut tidak melangkaui kepentingan peribadi anda atau hak anda dan kebebasan seperti yang termaktub di dalam undang-undang.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai asas perundangan bagi pemprosesan maklumat anda, sila hubungi kami di privacy@kincentric.com.

Maklumat Keselamatan dan Integriti

Untuk mengelakkan akses yang tidak dibenarkan, mengekalkan ketepatan data dan memastikan penggunaan maklumat yang sewajarnya, Kincentric telah mengimplementasi prosedur keselamatan, teknikal, fizikal dan undang-undang yang bersesuaian untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat peribadi yang dikumpulkan, dan mengelakkan kehilangan yang tidak disengajakan, akses yang tidak dibenarkan, atau pemprosesan yang tidak mengikut undang-undang. Langkah-langkah ini akan disemak secara berkala dan dikemas kini agar kekal sejajar dengan pembangunan teknologi dan perundangan.

Penyimpanan

Kincentric akan menyimpan data peribadi anda selama mana data tersebut diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan dan digunakan. Selepas itu, kami akan sama ada memadam data tersebut atau meletakkan nama samaran ke atasnya, bagi memastikan ianya tidak dikaitkan secara terus kepada anda, dan menggunakannya untuk tujuan analisis data, penanda aras dan statistik sahaja. Kriteria tersebut akan menjadi panduan kami dalam penyimpanan maklumat anda:

Hak Anda

Anda mempunyai hak untuk mengakses, memadam, membetulkan, mengemas kini atau melengkapkan data peribadi anda, atau meminta agar tidak dihubungi lagi oleh Kincentric. Tambahan lagi, anda mempunyai hak untuk meminta pemindahan data peribadi anda kepada pihak ketiga, untuk membantah pemprosesan maklumat peribadi anda, untuk meminta kami untuk menghadkan pemprosesan maklumat peribadi anda, atau untuk menarik balik kebenaran anda pada bila-bila masa. Sekiranya anda mahu menggunakan sebarang hak tersebut, anda boleh menghubungi privacy@kincentric.com.

Sekiranya anda meminta untuk kami menghapuskan maklumat peribadi anda daripada pangkalan data kami, sila ambil maklum bahawa kami mungkin akan menyimpan sejumlah kecil maklumat peribadi mengenai anda untuk merekodkan permintaan anda dalam menghapuskan data anda, dan untuk menyimpan rekod bagi maklumat yang didedahkan kepada pelanggan kami. Jika penghapusan (atau pembuangan nama jika berkenaan) data peribadi anda tidak dapat dilakukan (sebagai contoh kerana maklumat peribadi anda telah disimpan di dalam arkib sandaran) maka kami akan menyimpan maklumat peribadi anda dengan selamat dan mengasingkannya daripada terus diproses sehingga penghapusan boleh dilakukan.

Jika kami telah mengumpul dan memproses maklumat peribadi melalui kebenaran anda, anda boleh menarik kembali kebenaran tersebut pada bila-bila masa. Dengan menarik kembali kebenaran anda tidak akan memberi kesan terhadap pemprosesan maklumat yang telah dijalankan sebelum penarikan kembali kebenaran tersebut, mahupun memberi kesan terhadap pemprosesan maklumat yang berdasarkan undang-undang pemprosesan selain daripada kebenaran.

Akhir sekali, anda mempunyai hak untuk mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data yang berkaitan di dalam bidang kuasa anda mengenai pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mengemukakan aduan, sila hubungi pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda.

Perubahan Bahan Berkaitan Polisi Privasi

Kincentric berhak untuk mengubah atau meminda Polisi Privasi pada bila-bila masa dan tanpa sebarang sebab. Jika terdapat perubahan bahan berkaitan Polisi Privasi ini, kami akan menyiarkan perubahan tersebut di laman web kami dan mengambil langkah yang sepatutnya untuk memaklumkan kepada anda. Sila semak Polisi Privasi ini dari masa ke masa untuk kekal mendapat maklumat terkini.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai maklumat peribadi anda, sila e-mel kami di privacy@kincentric.com.

 


 

Polisi Kuki & Alamat IP

Kincentric mungkin menggunakan browser kuki pada laman web ini. Kuki merupakan fail teks mengandungi sejumlah kecil maklumat yang dimuat turun ke komputer atau peranti mudah alih anda apabila anda mengunjungi sesebuah laman web. Kami menggunakan kuki untuk menyediakan pengalaman pengguna yang berkualiti tinggi dan lebih releven dengan menyimpan kecenderungan pengguna dan memantau trend pengguna, serta menyampaikan servis yang diperlukan oleh anda.

Dengan menggunakan laman web kami www.kincentric.com anda menerima penggunaan kuki selari dengan Polisi Kuki ini.

Jika anda tidak menerima penggunaan kuki ini, sila nyahaktifkan dengan mengikuti arahan di http://www.allaboutcookies.org/manage-cookies/ atau dengan mengubah ketetapan browser anda seperti yang dinyatakan di bawah supaya kuki daripada laman web ini tidak dapat diletakkan pada komputer atau peranti mudah alih anda.

Kuki manakah yang kami gunakan?

Kami menggunakan kod JavaScript yang disuai padan dan berhak milik yang disediakan oleh platform intergrasi pihak ketiga termasuk, namun tidak terhad kepada, Google Analytics, Google Tag Manager, Quantcast, Crazy Egg dan Visual Website Optimizer untuk menyimpan dan menghantar maklumat pengunjung ke server mereka. Apabila pengguna mengunjungi www.kincentric.com, kod ini menghubungi server platform pihak ketiga dan menghantar data yang dinyatakan di sebelum ini. Data tersebut disimpan, tanpa mengira maklumat dengan pengenalan peribadi, pada server pihak ketiga untuk tujuan analisis yang akan digunakan untuk menaik taraf dan memberikan pengalaman kontekstual kepada pengunjung laman web.

Kuki yang diperlukan – Kuki ini diperlukan untuk menggerakkan anda di sekitar laman web dan menggunakan fungsi-fungsinya, seperti mengakses kawasan selamat di laman web tersebut. Penggunaan kuki mungkin membolehkan kami memasukkan kata kunci secara automatik ke dalam bahagian laman web yang dilindungi supaya anda tidak perlu memasukkan semula kata kunci anda setiap kali anda mengunjungi laman web kami.

Kuki kefungsian – Kuki ini membolehkan laman web untuk mengingati pilihan yang anda lakukan dan memberikan ciri-ciri yang lebih peribadi dan dipertingkatkan. Ia mungkin juga digunakan untuk menyediakan servis dengan cara yag telah anda tentukan, seperti mengumpul data di dalam laporan.

Kuki prestasi – Kuki ini mengumpul maklumat mengenai bagaimana anda menggunakan laman web kami, seperti laman yang anda kunjungi dan kekerapannya. Kuki tersebut tidak mengumpul maklumat yang boleh mengenal pasti anda. Semua maklumat yang dikumpulkan kuki tersebut adalah berbentuk agregat dan tanpa nama. Ia hanya digunakan untuk meningkatkan laman web kami dan servis yang kami sediakan untuk anda.

Kami juga mungkin menjalankan pencarian IP untuk menentukan domain anda untuk mengenal pasti demografik pengguna kami dengan lebih tepat. Kincentric juga memantau alamat IP bagi tujuan keselamatan, analisis trend, pengurusan laman web, menjejak pergerakan pengguna dan pengumpulan maklumat demografik secara meluas bagi kegunaan agregat. Alamat Ip bagi komputer yang anda gunakan untuk mengakses www.kincentric.com tidak dikaitkan dengan maklumat peribadi selain yang diberikan oleh anda kepada kami.

Bagaimana mengawal kuki?

Dengan kebanyakan browser internet, anda boleh memadam kuki daripada cakera keras komputer anda, menyekat semua kuki, atau menerima amaran sebelum kuki disimpan pada komputer anda. Sila rujuk arahan browser anda (kebiasaannya terletak di dalam fasiliti "Help", "Tools" atau "Edit") atau skrin bantuan untuk mengetahui lanjut mengenai fungsi tersebut dan cara untuk menggunakannya. Sila ambil makklum bahawa segelintir bahagian atau fungsi laman web mungkin tidak dapat diakses oleh anda jika browser anda tidak menerima kuki.

Untuk maklumat lanjut mengenai kuki, termasuk bagaimana untuk melihat jenis kuki yang telah ditetapkan di alatan anda dan bagaimana untuk menguruskan dan memadamkannya, kunjungi www.allaboutcookies.org.